HTML

TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG WANITA WAJIB TAHU


SERANGAN JANTUNG WANITA



HERBA-CEGAH-SERANGAN-JANTUNG-WANITA
AWAS SERANGAN JANTUNG WANITA


Ramai orang beranggapan bahawa serangan jantung hanya terjadi kepada lelaki. Maka gejala serangan jantung atau penyakit jantung pada wanita sangatlah kabur malahan seakan tiada kaitan dengan organ jantung. 


Gejala serangan jantung yang tidak spesifik menyebabkan ramai wanita terlewat dalam menanganinya dan ini mengakibatkan peningkatan angka kematian.  Ramai wanita meninggal disebabkan serangan jantung secara “diam-diam”. Statistik di rumah sakit (Amerika) menunjukkan kematian akibat serangan jantung pada wanita dua kali ganda dibandingkan dengan lelaki. 




HERBA-CEGAH-SERANGAN JANTUNG-WANITA
TANDA-TANDA SERANGAN 



KES 1 Puan Normah  berusia 55 tahun sering mengeluh perut tidak selesa seperti kembung dan rasa ngilu di ulu hati, kadangkala pernafasan sesak dan disertai rasa mual. Puan Normah melihat gejala yang dialaminya disebabkan banyak “angin” atau “gastrik”. Namun ubat gastrik yang diambil ternyata memang tidak mengurangkan kesakitan puan Normah.








HERBA-CEGAH-SERANGAN JANTUNG-WANITA
TANDA-TANDA SERANGAN 



KES 2  : Hamidah berusia 35 tahun, mengeluh ngilu dan tidak selesa dikawasan payudara dan lengan kiri serta punggung belakang. Hamidah sebelumnya tidak menduga bahawa dia mengalami simptom serangan jantung. Apalagi dia merasa masih muda dan selama ini tidak pernah ada masalah dengan kesihatannya. Apa yang dikhuatiri Hamidah rasa tidak selesa itu berkemungkinan gejala tumor di payudaranya. 


Jangan tunggu hingga kritikal

Kedua wanita ini menganggap bahawa simptom yang dialami hanyalah sakit biasa atau masuk angin dan tidak segera membuat pemeriksaan doktor. Mereka hanya makan ubat bagi meredakan kesakitan!.

Selang beberapa hari rasa ngilu dan sakit menjadi bertambah kuat, diikuti dengan peluh dingin, badan lemah dan sesak nafas yang semakin berat. Hanya setelah keadaan menjadi kritikal, baru mereka dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan intensif dan di diagnosis serangan jantung!.


HERBA-CEGAH-SERANGAN JANTUNG-WANITA
PUNCA SAKIT JANTUNG


PUNCA PENINGKATAN KEMATIAN ?

Ramai wanita meninggal dunia disebabkan serangan jantung secara “diam-diam” kerana seringkali gangguan jantung yang serius tidak disedari dan tidak di diagnos sedari awal. Penelitian di Journal of the American Medical Association menunjukkan bahawa 40% - 50%  kaum wanita masih mengabaikan gejala-gejala keadaan mereka selama enam jam dan separuh wanita tidak akan menghubungi nombor telefon kecemasan walaupun mereka yakin sedang mengalami serangan jantung. 


Menurut David Fischman, MD ahli kardiologi di Jefferson Medical College di Philadelphia, “Penyebab masalah itu kerana ramai beranggapan serangan jantung itu akan terasa sangat sakit namun gejala yang paling berbahaya bukan rasa sakit, melainkan ngilu. Penting untuk diketahui bahawa otot jantung akan berhenti bekerja dalam jangka waktu 30 minit dari awal serangan jantung”.




GEJALA KHUSUS SERANGAN JANTUNG WANITA 



WANITA
SIMPTOM SERANGAN JANTUNG WANITA



Gejala ini sering disalahertikan dan dianggap sebagai gangguan pencernaan, stress dan akibatnya pula sering diabaikan terutama wanita yang menapos. Kematian akibat serangan jantung juga menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi keatas wanita yang sudah menopos.





SIAPA YANG BERISIKO?

  • Wanita yang sudah menapos
  • Perokok
  • Keturunan (jika ada ahli keluarga mengalami masalah jantung sebelum usia 60 tahun)
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Obesiti dan berat badan berlebihan
  • Kolesterol tinggi

HERBA-CEGAH-SERANGAN JANTUNG-WANITA
PEROKOK BERRISIKO


HERBA-CEGAH-SERANGAN JANTUNG-WANITA
OBES JUGA BERISIKO





HERBA-CEGAH-SERANGAN JANTUNG-WANITA
KETAHUI RISIKO SEBELUM TERLEWAT


“Ramai wanita jarang sekali merasakan ngilu di dada, melainkan rasa kurang selesa pada lengan, punggung atau rahang. Sangat penting untuk selalu waspada terhadap tubuh anda sendiri. Jika anda merasa tidak selesa maka buatlah pemeriksaan dengan segera”, nasihat Dr. Fischman


Dapatkan rawatan dengan segera. Kesedaran diri sendiri untuk melakukan pemeriksaan dan pencegahan sejak awal dapat mengurangi angka kematian Penyakit Jantung Koronari (PJK) pada wanita.



Herba-jantung-tasly



 1 Botol :  RM175 (30 kapsul)



"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT"