HTML

Sering Sakit Kepala, Penat, Letih, Tak Sedap Badan - Mungkin ini Puncanya!


PAGI ni Amin tak tahu kenapa badan tiba-tiba rasa lemas. Mungkin kerana dia penat, tak cukup tidur, cuaca pula panas walaupun dewan hotel tu sejuk membeku, lepas tu hari ni asyik berdiri sahaja.

"Ni baru jam 11 pagi, tapi rasa mengantuk, pening dan nak pitam, kepala pulak macam melayang-layang. Apa penyakit aku ni ye? Rasa macam nak pi jumpa doktor," bisik hati kecil Amin



Kolesterol dalam darah
"Segala penyakit berpunca dari perut" 


KENAPA JADI TIDAK SIHAT?


Nabi Muhammad saw pernah bersabda "Segala penyakit berpunca dari perut" membawa maksud apajua yang kita makan atau minum akan masuk kedalam perut dan menghasilkan darah. Makanan yang bercampur berbagai-bagai bahan luaran menjadi punca utama darah jadi kotor, tidak lancar dan sekaligus mengganggu kestabilan sistem badan dan organ.

Apabila darah tidak lancar makan ia akan menjejaskan sistem badan lalu menghasilkan berbagai-bagai simptom didalam badan yang dikenali sebagai sub-kesihatan.


simtom sub kesihatan
Awasi Simptom Sub Kesihatan


Apakah simptom sub-kesihatan adalah :-


  • Kebas-kebas
  • Sering berdebar-debar
  • Telinga berdengung
  • Lesu dan cepat mengantuk
  • Angin banyak dalam badan
  • Tercungap-cungap menaiki tangga
  • Sakit dan rasa tidak selesa di bahagian dada
  • Berpeluh-peluh dalam keadaan cuaca yang tidak panas
  • Mudah letih walaupun tidak melakukan aktiviti berat


Apakah punca darah tidak lancar?


Saluran darah yg tidak bersih, diselaputi dengan 'plak' dan lemak serta semakin sempit adalah PUNCA kepada segala penyakit yang amat ditakuti, terutamanya Jantung, darah tinggi, strok dan buah pinggan
PEMBENTUKAN ATEROSKLEROSIS




Saluran Darah yang tersumbat
Kawal pemakanan yang berkolesterol tinggi


Diambil kira faktor umur kita sekarang, besar kemungkinan banyak plak yang telah terbentuk lalu menyebabkan sumbatan dalam saluran darah. Maka saluran darah yang tersumbat akan menyukarkan peredaran darah yang membawa oksigen ke seluruh sel dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit!

Punca lain antaranya :-


  1. Pemakanan tidak seimbang
  2. Berkolestrol tinggi
  3. Makanan yang terlampau manis atau masin
  4. Makanan mengandungi pengawet, perasa dan pewarna tiruan



Bahan-bahan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan bila ianya tidak dinyahkeluarkan dengan sempurna dan mengganggu sistem pencernaan badan. Bahan-bahan ini akan larut dalam darah sebagai toksid lalu menyebabkan darah menjadi pekat dan tidak lancar.


Bahan-bahan ini akan larut dalam darah sebagai toksid lalu menyebabkan darah menjadi pekat dan tidak lancar.
Merokok boleh menyebabkan darah menjadi pekat


Darah yang pekat dan kotor akan menjejaskan semua sistem, sekaligus akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang berkait dengan darah, saraf, organ dan lain-lain. Apa jua yang terlarut dalam darah kita selain dari apa yang sepatutnya mengikut keperluan sebenar badan kita haruslah dikeluarkan dengan kadar segera kerana boleh mengundang berbagai penyakit.


Kenapa kita perlu bersihkan darah?


Apabila darah bersih maka :-


  • Badan menjadi sihat
  • Organ yang cergas
  • Minda yang sempurna
  • Jiwa yang tenang dan hati yang sihat yang akan mengalir zikrullah bersama oksijan disegenap urat saraf kita sehingga ke saraf paling halus sekalipun, insya-Allah.


HARGAI 'NIKMAT' SIHAT!
Hargai Nikmat SIHAT



Darah dipam berulang-alik masuk dan keluar kepada setiap organ badan, sekaligus mempengaruhi sistem badan, sistem imun, antibodi, sistem saraf, hormon dan sebagainya. Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik kita sangat-sangat memerlukan darah yang bersih dan lancar dengan kandungan oksijan dan zat yang diperlukan secukupnya serta mempunyai kadar kecairan yang sesuai.



Adalah menjadi tanggung-jawab kita menjaga amanah yang dipinjamkan ini.


Bagaimana caranya?

Banyak cara bagi memastikan darah berjalan lancar samada melalui senaman, riadah dan sentiasa menjaga kebersihan badan. Bagi membersihkan dalaman badan kita, kita perlu makan ubat atau herba, itu adalah tugas atau tanggung-jawab kita.  Darah yang bersih akan melancarkan sistem badan, sekaligus akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, insya-Allah.


Manusia dijadikan daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah bila mati kelak.
Keluarga sihat keluarga bahagia


Manusia dijadikan daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah bila mati kelak. Nabi Adam a.s. diajar bercucuk tanam untuk menjalani kehidupannya dimuka bumi ini, manusia pertama yang menafaatkan tumbuhan sebagai punca rezeki dan zat yang diperlukan oleh badan manusia.


Makanan sihat baik untuk badan
Makanan Sihat Baik untuk darah


Justeru itu tumbuhan dan hasil tumbuhan jualah yang memberikan kita tenaga, meningkatkan kekebalan badan dan menangkis segala serangan penyakit. Tumbuhan amat berguna untuk membekalkan tenaga, zat, melancarkan perjalanan darah dan membekal oksijan yang diperlukan oleh badan. Tumbuhan jualah yang menjadi ejen pembersih darah. Maka tumbuhanlah pilihan terbaik bagi meningkatkan kualiti kesihatan hidup seseorang.


Jaga kesihatan Anda kerana ia amat penting dan berharga serta tidak dapat dibeli dengan wang ringgit!


(Artikel Terkini : Herba Melancarkan SALUR DARAH)


Mohonlah dari Allah swt untuk mengembalikan kesihatan kita namun terlebih dahulu kita perlulah bersihkan dalaman badan kita dulu sebagai tanda melaksanakan amanah kita kepadaNya. 


Herba pilihan terbaik untuk manusia
Tumbuhan herba untuk badan


Apabila dalaman kita bersih, bebas dari kandungan toksid, dadah, kimia atau apajua samada berpunca dari bahan pengawet makanan atau ubat-ubatan moden akan menghasilkan satu situasi kyusuk dan rasa manis bila berdoa, solat, wirid atau apa-apa amalan soleh. Dikala inilah doa kita mudah dimakbulkan, insya-Allah.

Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan menganugerahkan akal fikiran bagi menilai kebaikan atau keburukan.




Tasly Danshen Plus
Tasly Danshen Plus 100% Herba


No comments: