HERBA MELANCARKAN SALUR DARAH

Qari meninggal dunia ketika membaca al-Quran akibat serangan jantung


Detik-detik Qari meninggal dunia ketika membaca al-Quran



SUBHANALLAH!! Seorang Qari meninggal ketika sedang membaca Al-Quran.

Setiap orang pasti menginginkan ketika nanti meninggal dalam keadaan yang mulia. Seperti cerita di mana seorang qari dari Surabaya, Indonesia yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansapril lalu, lapor media tempatan.

Ustaz Mohammad Ja’far Abdulrahmad, 60, rebah secara tiba-tiba sewaktu sedang mengalunkan bacaan al-Quran pada majlis meraikan ulang tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di kediaman Khofifah yang juga Ketua Muslimat parti itu.

Mohammad Ja’far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan sudah meninggal dunia.


Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.


Video kejadian yang dirakamkan itu kemudiannya tular di media sosial. Ia disebut-sebut meninggal dalam keadaan yang baik dan membuat banyak orang kagum. 

"Betul2 kematian yang dicemburui. Semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh"


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/video-meninggal-dunia-ketika-baca-al-quran-1.474211




Post a Comment